Showing posts with label cuti-cuti kelantan. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti kelantan. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Pusing-Pusing di Kelantan

DSC07903



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali nak ucapkan tahniah pada team Harimau Malaya walaupun kalah dengan Singa-pura-pura-sakit-kena-tackle tapi sesungguhnya anda menang dari segi moral.. Atleast team kita memang anak jantan Malaysia bukannya import sana-sini mari punya. Aummmm!!!

Maaf dekat nak sebulan dah tak blogwalking blog siapa-siapa sebab sibuk dengan kerja luar. Masa free pun masa dah larut malam. Siang kerja, kerja dan kerja. Dah nak seminggu lebih duk kat Kota Bharu, Kelantan ni dan tak banyak gambar yang menarik sangat pun yang berjaya diambik. Kena habiskan banyak kerja kat sini sebelum balik KL hujung minggu ni. Dari Menara Tinjau kat Tambatan D'Raja sampailah ke Pasar Malam sampailah ke Rantau Panjang aku pergi tapi bosan ler duk lama-lama kat sini. Ini kali ke berape ntah gi Kelantan.. Adoyaiii..

Wifi kat Hotel Grand Riverview ni sangatlah lembab. Upload gambar kat flickr sampai kena repeat 2-3 kali dan makan masa yang sungguhhhhhhhh lama. Sangat merugikan masa aku. Celcom 3G pulak macam kura-kura nak bunuh diri. Mungkin sebab bilik aku facing sungai kot. Kalau kat luar hotel kemain ada 3G. Gerammmm!

Sori gambar kali ni tak best dan tak sharp pun. Rules fotografi pun banyak yang dilanggar, filter tak bukak pada waktu malam, bla bla bla.. Ambik pulak banyak pakai auto jer sebab dah malas tahap gaban. Kalau dah pakai auto baik pakai kompak. Kekadang rasa macam nak tukar ke kamera kompak pun ade. Rasa macam nak lompat pergi ke sistem E-Mount Sony NEX-3/NEX-5 atau just tunggu NEX-C3. Bosan ler kerja sambil bawak kamera besar dan berat ni. Susah-susah kang pakai kamera henpon jer.. huh! :P



Menara Tinjau



Menara Tinjau



Menara Tinjau



DSC07900



DSC07940



DSC07947



DSC07929



DSC07868



DSC07913



DSC07993



Narita

Saturday, April 2, 2011

repost: Pantai Cahaya Bulan

Morning!


Gambar-gambar ini dirakam semasa cuti Tahun Baharu Cina sekitar 3-4 Feb 2011 yang lepas di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Pantai ini juga dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Oleh kerana nama lama pantai ini memberikan tanggapan serta tarikan negatif, maka ianya ditukar menjadi nama yang lebih molek sket.. ehekk..

| Sony a300 | Sony 30mm f/2.8 macro |


Kasut Sapo Dio?



Akar



DSC00306



DSC00184

{ My Popular Posts }