Sori hari ni menggunakan perkataan "aku". Sesekali aku nak jugak berCuti-Cuti Malaysia mandi air terjun menyejukkan badan macam badak berendam hehe.. Tahun ini adalah tahun yang boleh dikatakan banyak kerja.. Bukan kerja di luar tapi kerja yang menimbun saban hari di ofis..
Baru je dalam entry last aku cakap kemungkinan takde kerja luar sampai lepas raya puasa. Tup-tup pagi tadi dapat tahu ada kerja luar sedang menanti termasuk ke Sabah Sarawak sebelum puasa bulan Ramadhan start. Rasa nak terjun ke dalam air je ehekk.. Rasa nak berenang ala-ala itik nak coolkan suhu badan dan pemikiran. Kalau dapat mandi-manda kat air terjun macam kat Air Terjun Chamang yang terletak di Bentong, Pahang ni kan best?
Gambar-gambar ni diambik pada tanggal 17 haribulan Disember, tahun 2011 menggunakan kamera Sony a77, the mother of all APS-C (Sony) katanya.. Tapi sayang.. aku dah berpatah arang dengan a77.. Bukan kamera ni tak bagus tapi kamera tu yang terlalu bagus untuk aku yang tak bagus ni. Arra faham? Karau faham anggruk kaparra! Apa-apa pun selamat berhari Jumaat dan selamat berhujung minggu..