Tuesday, January 24, 2012

Ladang Ternakan Lembu Tenusu di Kundasang, Sabah

Desa Dairy Farm



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Jikalau berkunjung ke Kundasang jangan lupa untuk singgah ke ladang ternakan lembu tenusu yang terbesar di negeri Sabah iaitu Desa Dairy Farm. Tempat ini berkeluasan 199 hektar hanya 30 minit perjalanan dari Taman Negara Gunung Kinabalu. Kehijauan yang merentasi pemandangan di situ cukup memukau sehinggakan ada yang berasa seolah-olah berada di ladang ternakan lembu tenusu di New Zealand. Kelas kau Mariaaa!

2. Tempat ini dibuka kepada pengunjung pada setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang. Setiap pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM3 sahaja. Pada setiap jam 3 petang, sesi memerah susu lembu akan diadakan dan boleh disaksikan oleh pengunjung.

3. Bayangkan ini adalah kali ke berapa ntah (rasanya ke-5 kot) ke sini, baru kali ini aku berkesempatan untuk singgah ke sini. Pendapat aku, memang best, suasana yang dingin, pemandangan yang cantik, sangat sesuai untuk makan angin bersama keluarga atau ehem-ehem tersayang. Jangan kedekut untuk mengambil gambar sebanyak yang mungkin untuk kenangan sebab bukan selalu dapat ke sini kan..

4. Semasa kunjungan aku and the gang kat sini, lembu-lembu malu-malu kucing berkumpul nun jauh kat tengah padang ragut. Kebetulan pulak aku hanya bawak lens ultra wide angle, zoom lens tertinggal kat kereta nak patah balik nak ambik malas haha.. Nasihat aku, jangan lupa shoot panorama atau main HDR.. aku sendiri lupa daaa..

5. Itu sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi dalam entry akan datang. Wassalam. Carpe manana! ;)



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm

Monday, January 16, 2012

Roam Like a Tourist, Shoot Like a Pro!



Fenbui? Oh yeah! Jatuh cinta dengan Sony Alpha NEX setelah mencuba firmware terbaru version 5.0 terbaek! I like! Paling suka tang peaking mode dia.. Pernah try "peaking mode"? Sila klik sini  kalau tak tahu.. Nak update gambar aku belum punyai masa nak pilih dan edit, so aku layan video2 ni lam youtube je :P



Friday, January 13, 2012

Air Panas Poring dan Air Terjun Kipungit di Ranau


DSC02466



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Ini entry pertama untuk tahun 2012 tetapi gambar adalah gambar arkib yang diambil menggunakan kamera dslr Sony a700 pada 24 Jun 2010 semasa di Ranau, Sabah. Harap maaf, tuan tanah kedaong sekarang sangat sibuk dengan kerja-kerja ofis. Al-maklumlah ofis baru so nak kena sesuaikan diri dengan sekeliling dulukan. Gambar terbaru semasa di Ranau pada bulan November 2011 akan dimuat-naik insyaAllah dalam masa yang terdekat ni.

Untuk tahun 2012, ada perubahan drastik telah berlaku dalam hobi fotografi aku kali ini. Memandangkan saiz kamera baru semakin "membesar" iaitu Sony SLT-A77, maka dengan ini aku telah membuat transformasi (transformasi katanya :P) dengan cubaan kembali ke habitat asal, eh maksud aku kembali ke pangkuan Sony NEX-5 dan Sony a300 sebagai backup. So, kali ni nak mengembara bawak kamera yang ringan-ringan je. Macam2 dah plan dalam kepala tak sabar nak main landscape photography hanya menggunakan NEX-5 dan ND400 + Cokin ND Grad filter. Kenapa NEX adik kakak? Setelah update ke firmware terbaru, kamera cinonet ni dah makin hebat dan lazat dengan ciri-ciri tambahan seperti "peaking mode" yakni pemfokusan manual menggunakan kecanggihan digital. Klik sini.  Ini kira azam barulah kunun :P

Eh berbalik kepada gambar, kalau tuan-tuan dan puan-puan adik kakak sekalian berkunjung ke daerah Ranau di Sabah, janganlah lupa untuk singgah ke Air Panas Poring hanya lebih kurang 15-25 minit minit perjalanan dari pekan Ranau. Bukan takat air panas, air terjun pun ada sekali. Kalau nak pergi, pergi ler awal sikit jangan macam kitaorang dah nak maghrib baru pergi. Alamatnya tak sempat ler nak bermandi-manda. :P



DSC02485



DSC02469



DSC02487



DSC02462



DSC02464



DSC02460



DSC02515



DSC02523



DSC02497



DSC02559



DSC02574



DSC02575

{ My Popular Posts }