Wednesday, October 30, 2013

Awas! Pecah Lobang! Data Peribadi Kita Ibarat Pepasir di Tepian Pantai.. Pftttt...

Semua benda kau nak kasi up kat facebook, twitter, instagram, tagged, google+, wechat moment dan media-media sosial yang lain. Bangun pagi, sarapan, makan tengahari, jalan-jalan, berak, cuti, sakit, makan malam, dating, beli baju, keretaku cantik, aku ada iphone 5S, aku pergi London, shopping sakan habis ribu-riban semua nak kasi post. Aiyaaaa..
Semua data peribadi kau nak bagitau, kau pendeklah kau tinggilah, kau kurus gemuklah, kau kidal lah tangan kanan lah, no telefon, email, no kad pengenalan, no kad kredit, nombor lesen moto sampaikan nombor ekor kau beli pun kau nak kasi tunjuk kat semua orang. Aiyooo..
Kadang-kadang kita tak sedar.. Tak salah pun.. Cuma kena berpada-pada.. Kena berhati-hati.. Kena berjantung-jantung.. Kena berparu-paru.. Betapa banyak gambar-gambar gadis/jejaka Melayu terakhir yang "dicilok" dan disalahguna untuk menjadi tatapan umum dalam laman-laman nakal tertentu dan adakalanya laman-laman lucah.. Adoyaii..
Cuma berhati-hati.. Pesanan ini bukan untuk orang lain jer, aku pun kena sama.. hehehe.. K.. Bye..

Tuesday, October 8, 2013

Sedapnya dapat makan kat 4x4 Megi Ketam Bistro



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Gambar adalah diambil menggunakan iPhone 4. Pada 3 hingga 5 Oktober 2013 yang lepas, saya bertugas sebagai urusetia kursus di Suria Cherating Resort, Cherating, Pahang. Mengikut maklumat, resort ni bukanlah berada di Pantai Cherating, tapi lebih kepada Pantai Chendor. Namun lokasi resort ini hanya bersempadan dengan bandar Kemaman, Terengganu memberikan kesempatan pada saya dan geng untuk ke bandar Kemaman yang hanya lebih kurang 10 minit jarak perjalanan sahaja. Entry kali ini bukan nak promosikan otak-otak Che Wan yang pemos-amos tu dan bukan juga nak promosikan kepok lekor mahupun satar yang sedap-sedap kat Kemaman, tapi lebih kepada Megi Ketam.

Haaa.. Sepanjang bertahun-tahun ke Kemaman, ini baru kali pertama saya dapat tau ada kedai menjual Megi Ketam. Sedap ker? Jawapannya ialah sedappp bangat. Puas hati. Memang sangat puashati walaupun hanya makan megi dengan ketam gred/saiz D sahaja. Saya pilih untuk makan Megi Goreng Ketam.. Serius sedap weh..

Lokasi 4x4 Megi Ketam Bistro ini hanyalah beberapa minit (5-10 minit) dari pintu gerbang utama "Selamat Datang ke Bandar Kemaman". Cari stesen minyak Petronas (yang belum siap), betul-betul sebelah Petronas jer. Susah-susah, cari pakai GPS pun boleh.. Kesedapan Megi Ketam ni sampai balik KL pun masih teringat-ingat.. Balik KL terus buat sendirik tapi tak berape nak menjadik (gambar last) huhu.. Yang pasti, kalau datang lagi ke Kemaman, siap kau Megi Ketam!









Saturday, October 5, 2013

Faham Tak Faham




Bila madah mena dipadah bulak. Bila cerita bait-bait ditudoh macam-macam. Bila dipadah pia pitok, kakya pandei ada babak tambahan. Susahkah untuk sik bersangkak jaik? Susahkah nak paham yang apa dipolah selamak tok demi masa depan nya kedirik? Kawu sikkan faham SELAMA-LAMANYA.. Semoga kawu sentiasa dalam lindungan Allah SWT. AKu hanya mampu berdoa dari jaoh. Doa yang bagus2..

Mun kaki sakit, coma sikpat jalan. Mun mata sakit coma sikpat ndiat. Tapi mun hati sakit, jalankah nak ndiatkah semua sikpat. Hanya masa yang boleh merawat kata kawu.. Tazkirah untuk kawu dari kawu. Wahai hati, semoga nya dikurniakan kesihatan, kebahagiaan. Aku bukan sakit hati apatah lagik irihati.. Aku just mok nya cuma berhati-hati. 








Tuesday, October 1, 2013

Pantai Remis, Jeram, Selangor




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar stalkers? Hati-hati! Ada yang memerhati! Kali tuk ku just mok share gambar masa pergi outstation reya di area Kuala Selangor. Arum bulak rasa nak muntah ijo kotan lejuk udah 3 kali ku sia tahun tuk tek. Tapi sib bait dtg antu tiba-tiba rajin nak nyenap gambar makei henpon. Semua gambar adalah al-hasil dari iPhone 4 sajorkkkk.. Noise, gambar sik sharpkah apa terimaklah dengan seadanya. Ok apa.. Terus-terang madah masa outstation ya terik asa dirik rajin nak ngebeng Sony a77 ngan Sony a300. Embak kamera, embak tripod kononnya tek nak ngambik gambar kachak. Last-last alu merepuk atas katil ajak kamera ya sik di duli. Hey stalkers! Gago ko ya! Yahhhh.. haha..

Okai.. Pergi Pantei Remis tek hoh.. Tempat tok terletak di sigek kawasan antara daerah Kapar dan Kuala Selangor yang ditunggah sebagai Jeram. Bukan rah Perak nun aaarr.. Tapi rah Selangor. Sama nama tapi sik serhupa. Mun dari Kuala Selangor lebih kurang 20km pia lah. Mun dari KL asanya mok sejam lebih sikit. Jadi apa nok bestnya pantei tok? Biasa-biasa ajak sebenarnya. Tapi mun kaki nangga sunset, kaki makan seafood, kaki main gudi (layang-layang kata org Melaya), then toklah tempat ktkorg. Mun nak mandik-mandik, ku nangga reya sekda pun orang mandik telanjang haha..

Mun mok meli barang makan seafood sitok oklah juak reganya. Murahlah ikit berbanding rega di pasar di KL. Ketam Bunga gred A rega RM23.00 sekilo (lekak tawar dari rega RM27.00) murahlah bagi org KL tek nak. Nok lain paling ku suka sia ialah kedei-kedei makannya nang nyaman-nyaman.. Belalak eh makan rojak sia. Sik ku ingat panama rojak ya, tapi kedai rojak tambi ya bah, bukan rojak mamak, tapi bahasa kita tambi di Kuching nun. Perghhhh... Mun pandei datang ke sitok, ncobalah mun sik cayak.. 5 bintang! Rega RM3.50 murah juaklah ya.. Nok lain makanan-makanan seafoodnya nyaman juak macam rah tempat-tempat lain.

Errr.. Ya ajaklah.. kepak dah tok.. k bye!

















Friday, September 20, 2013

Saya Tatak iPhone Tapi Saya OK maa..




Hallo kawan.. Satu ofis sikalang cakap pasai aipon. Sana-sini celita pasal aipon. Apa pasat lu olang suka aipon wa pun tak tau mo cakap. Olang ada semakpon saye pakai Nokia itu atte lampu torch light. Saye manyak hailan apa pasat olang manyak setih jikalau tidak atte aipon. Hidup mesti hepi maa. Olang cakap, hidup mesti ikut kemampuannya pun. Jangan membazir. Kawan wo cakap, membazir amalan syaitan. Saye pakai Nokia tapi saye hepi maa.. Saya tatak iPhone tapi saya ok maa..

Atte olang aaarrr.. pakai henpon mahal nya pun. Tapi aaarrr.. dia tatak pantai pakai pun. Beli sebab mo eksyen saja maa.. Dia mo tunjuk sama olang dia pun up-to-date. Dia mo olang nampak dia manyak kaya laya. Haiyaaa.. Ini macham pun atte ka? Lu olang macam mana? Beli itu semakpon mahai-mahai untuk ape lorr? Kalau mo kaunseling saye boleh kasi tolong. Saya bukan ahlong maa.. Saya mo tolong sajje.. Hubungi saye di LINE nama samalan saya "Cheah" itu gambar profile Lionel Messi maaa.. Ok, Gong Xi Fa Chai.. Wo chow lorrrr...




Thursday, September 19, 2013

Demam Kurak-Kurak iOS 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Arimarek dalam kol 1 pagi kedakya kamboh sidak pengguna buah Epal seluruh dunia bila Apple Inc. ngeluar sistem operasi untuk iPod touch, iPad ngan iPhone. Sistem operasi ya sidak nunggah iOS 7. Kenak sik nunggah  "Mr. Os" kah hoh? haha.. Nakpa yang best gilak iOS 7 ya? Adakah perlu kita ngedet idevice kita kepada iOS 7? Jawapannya ialah perlu. Kenakkah? Best gilakkah?


sumber: www.apple.com

Pertama sekali adik kakak, iOS 7 ialah berkenaan design baru, design secara keseluruhan dari segi icon, rona dan prestasi idevice kita. Designnya nak madah super-kachak gilak pun nisik juak, cuma bila kita dah install, berasa idevice kita ya tek kedak baru kononnya tek. Ada juak orang sik suka, tapi rami orang suka. Ku mpun sik suka gilak beberapa design icon baru iOS 7 ya. Icon Safari, icon Setting, icon kamera dan beberapa lagik nok lain macam sik cun jak rupa designnya, kedak macam sikda ummphhh! Tapi yalah tek, masih kachakkkkkk! Kedak feminin pun ada tapi ada aku kesah tek kah? Sekda koh. Rempuan kah jantan kah sama jak bah. Tapi nak, ku suka typography barunya, kurus tinggi kachak jak, simple bah.



sumber: www.apple.com


Kelak orang madah ku tok mala muji Apple. Mun nak tauk ku mpun pun ada makei henpon Samseng Galaxy S3 Mini, Android Jelly Bean you. Sebelum ya nang makei Symbian jaklah. Hakikatnya, urang ninggal Steve Job dolok orang yang berpandangan jaoh, berwawasan kata urang tek. Munnya nak molah sesuatu device tek nak, nya mok device ya senang dipakei waima nemiak kecik ngan urang tua sekalipun pandei makei lepas meli bukak dari kotak. Ya benar, kecuali mun bab maok masok-ngeluar lagu dari iTunes jak rami orang sik pandei-pandei. Ada sebab kedak dipolah macamya.


sumber: www.apple.com


Ada bermacam-macam kelebihan iOS 7 tok sebenarnya. Mun cerita kelak sik abis 1001 malam. Jadi ku listkan jaklah..

2. Control Center - menatang tuk bukan baru dalam dunia android. Tapi satu pembaharuan yang sangat penting bagi pengguna iOS.

3. Camera App - boleh tulak-tulak kirek-kanan ngan jarik jak mun mok nukar ke mode kamera gambar ke video, gambar segiempat ala-ala instagram dan burst mode, nembak banyak-banyak sepuashati (hanya pada iPhone 5 ke atas)

4. Airdrop - nya macam aplikasi Bump, share papa jak, dan sik perlu bump-bump pun kedak bluetooth, cepat dan lazattt.. ;)

5. Call/SMS Block - noktuk dari dolok lagik pengguna android dah ada, mun pengguna iPhone yang makei versi jailbreak (hacked, modified) dah lamak ada.

dan ada banyak gik benda remeh-temeh nok lain malas nak cerita panjang bah.

Jadi kesimpulannya, kebanyakan fungsi-fungsi baru dalam iOS 7 sebenarnya sidak pengguna android dah lamak ada. Jadi kepada pengguna android, eboh susah ati, eboh jeles. Sik perlu rasa papa dari segi kelebihan iOS seperti diceritakan di atas. Cuma, kelebihan paling utama device dari Apple tuk ialah, - Apple molah hardware ngan software (apps) nya mpun dalam iPod, iPad dan iPhone, so, kitakorg imejin jaklah kenak nya bagus. Android?? Naaaaaaaa.. *geleng palak*  OS orang lain molah, hardware urang lain molah.. Larikkkksss!!




Fakta atau auta???






Tuesday, September 10, 2013

GAJET: Model terbaharu Apple iPhone 5S dan iPhone 5C

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tetiba nak bercerita hal IT pulok. Kita hanya tinggal beberapa jam lagi daripada satu acara yang dinanti-nantikan oleh fenbui buah epal tegar. Semua sudah maklum bahawa Apple baru-baru ini telah menbuat jemputan kahwin melalui emel kepada para media antarabangsa untuk menghadiri sebuah acara khas Apple (gilang-gemilang kewww?) pada 11 September 2013 ini untuk mengumumkan sistem operasi telefon pintar dorang yang terbaru mereka iaitu iOS7. Desas-desus juga mengatakan kemungkinan dengan pengumuman iOS7 itu, iPhone 5S dan iPhone 5C juga bakal diperkenalkan. Adalah dikatakan bahawa iPhone 5S adalah versi naik-taraf daripada iPhone 5 manakala iPhone 5C pulak adalah iPhone yang dibuat daripada material yang lebih murah seperti body plastik.


Apple juga dilaporkan oleh WSJ bahawa telah berminat untuk menguji skrin iPhone yang bersaiz lebih besar dari 4.8 inci hingga 6 inci. Ini telah menyebabkan tersebarnya khabar angin yang mengatakan kemungkinan Apple akan 'turun padang' untuk bersaing secara terus dengan telefon pintar Android terutamanya Samseng. Kalau korang memang peminat Apple tegar atau 'Apple fenbui' sejati, korang pasti perasan bahawa strategi pemasaran Apple dari dulu amatlah berlainan dan tersendiri berbanding syarikat-syarikat gigilasi-gigilasi (gergasi) yang lain bermula dengan zaman komputer Macintosh, PowerMac, iMac, iPod sehinggalah ke iPhone dan iPad (dan Apple Newton???). Syarikat gigilasi ini selalu keluar dengan idea baru dan segar, macam jalan catwalk baq hang.


Dengan adanya pelbagai jenis telefon pintar Android seperti Samseng Galaxy S4, Sony Xperia Z, HTC One, Lenovo K900 dan lain lain, Apple seharusnya bertindak lebih bijak dan berani dengan mengeluarkan iPhone yang mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih dan lebih hebat kebaboom! Kalau tak, babai lah jawabnya. Kesian Apple yerr.. Diharap dengan produk atau model iPhone baru tu nanti bolehlah melonjakkan semula jualan Apple yang dah jatuh merudum setahun dua ni. Dunia smartphone sudah kekurangan inovasi dan kreativiti semenjak ketiadaan mendiang Steve Jobs. Dunia smartphone seolah-olah masih sama dan tidak berkembang dari segi inovasi. Kita perlukan lebih banyak wow factor yang membuatkan mulut kita terlopong besor pabila sesuatu smartphone baru tu dilancarkan. itu baru wow! ehekkk..

Kalau aku nak iPhone, aku nak iPhone aku supa-power untuk fotografi dan videografi. Yang paling paling paling penting sekali ialah bateri iPhone aku tahan lebih lama dari apa yang ada sekarang. Itu jer.. ;)

Pssssttt... Kalaulah Apple buat iklan macam youtube kat atas kan gempak.. Layannn...

{ My Popular Posts }