Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tetiba nak bercerita hal IT pulok. Kita hanya tinggal beberapa jam lagi daripada satu acara yang dinanti-nantikan oleh fenbui buah epal tegar. Semua sudah maklum bahawa Apple baru-baru ini telah menbuat jemputan kahwin melalui emel kepada para media antarabangsa untuk menghadiri sebuah acara khas Apple (gilang-gemilang kewww?) pada 11 September 2013 ini untuk mengumumkan sistem operasi telefon pintar dorang yang terbaru mereka iaitu iOS7. Desas-desus juga mengatakan kemungkinan dengan pengumuman iOS7 itu, iPhone 5S dan iPhone 5C juga bakal diperkenalkan. Adalah dikatakan bahawa iPhone 5S adalah versi naik-taraf daripada iPhone 5 manakala iPhone 5C pulak adalah iPhone yang dibuat daripada material yang lebih murah seperti body plastik.
Apple juga dilaporkan oleh WSJ bahawa telah berminat untuk menguji skrin iPhone yang bersaiz lebih besar dari 4.8 inci hingga 6 inci. Ini telah menyebabkan tersebarnya khabar angin yang mengatakan kemungkinan Apple akan 'turun padang' untuk bersaing secara terus dengan telefon pintar Android terutamanya Samseng. Kalau korang memang peminat Apple tegar atau 'Apple fenbui' sejati, korang pasti perasan bahawa strategi pemasaran Apple dari dulu amatlah berlainan dan tersendiri berbanding syarikat-syarikat gigilasi-gigilasi (gergasi) yang lain bermula dengan zaman komputer Macintosh, PowerMac, iMac, iPod sehinggalah ke iPhone dan iPad (dan Apple Newton???). Syarikat gigilasi ini selalu keluar dengan idea baru dan segar, macam jalan catwalk baq hang.
Dengan adanya pelbagai jenis telefon pintar Android seperti Samseng Galaxy S4, Sony Xperia Z, HTC One, Lenovo K900 dan lain lain, Apple seharusnya bertindak lebih bijak dan berani dengan mengeluarkan iPhone yang mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih dan lebih hebat kebaboom! Kalau tak, babai lah jawabnya. Kesian Apple yerr.. Diharap dengan produk atau model iPhone baru tu nanti bolehlah melonjakkan semula jualan Apple yang dah jatuh merudum setahun dua ni. Dunia smartphone sudah kekurangan inovasi dan kreativiti semenjak ketiadaan mendiang Steve Jobs. Dunia smartphone seolah-olah masih sama dan tidak berkembang dari segi inovasi. Kita perlukan lebih banyak wow factor yang membuatkan mulut kita terlopong besor pabila sesuatu smartphone baru tu dilancarkan. itu baru wow! ehekkk..
Kalau aku nak iPhone, aku nak iPhone aku supa-power untuk fotografi dan videografi. Yang paling paling paling penting sekali ialah bateri iPhone aku tahan lebih lama dari apa yang ada sekarang. Itu jer.. ;)
Pssssttt... Kalaulah Apple buat iklan macam youtube kat atas kan gempak.. Layannn...
Kalau aku nak iPhone, aku nak iPhone aku supa-power untuk fotografi dan videografi. Yang paling paling paling penting sekali ialah bateri iPhone aku tahan lebih lama dari apa yang ada sekarang. Itu jer.. ;)
Pssssttt... Kalaulah Apple buat iklan macam youtube kat atas kan gempak.. Layannn...
Jangan la super-power sgt, nanti manusia jadi malas ;)
ReplyDeleteI lap iPhong.
Hahaha... betul3x...
Delete