Showing posts with label osama ben laden. Show all posts
Showing posts with label osama ben laden. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Osama bin Laden Meninggal Dunia





Terkezut dengar berita yang berlegar-legar dalam internet hari ni mengenai pemimpin tertinggi Al-Qaeeda iaitu Osama bin Laden sudah mati terbunuh dalam serangan helikopter di Pakistan yang dilakukan dalam operasi ketenteraan bersama antara tentera CIA dan pasukan elit tentera laut Amerika. Dari sumber lain pula, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama juga dipetik berkata "Keadilan akhirnya telah berjaya dilakukan" semasa membuat pengumuman di Rumah Putih malam. 

Kita pun tak tau apa yang sebenarnya berlaku. Boleh jadi karektor jahat "Osama ben Laden" ini dicipta oleh Amerika sendiri sebagai propaganda menaikkan kebencian masyarakat bukan Islam antarabangsa terhadap bangsa Arab amnya dan dunia Islam khasnya. Osama juga boleh jadi menjadi kambing hitam Amerika. Karektor yang dicipta sebagai terrorist, super-villain dan sangat kejam disebalik manusia berserban menggambarkan seorang muslim yang sukakan peperangan, pembunuhan serta pengeboman sekaligus membawa imej negatif terhadap agama Islam itu sendiri.

Apa-apa pun, Al-Fatihah kepada arwah. Jika arwah dianiaya, semoga roh beliau di tempatkan dikalangan mereka yang mati syahid. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui apa yang berlaku. Jika anda ingin megetahui siapa Osama ni sebenarnya, sila google video The Arrivals dan lihat sampai episod terakhir. Wallahu'aklam.

{ My Popular Posts }