Showing posts with label jualan gudang. Show all posts
Showing posts with label jualan gudang. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Gempar! Jualan Gudang Punya Pasal!



| Gambar dan Video dirakam menggunakan Nokia E71 |

Masih lagi berkisar tentang jualan gudang di Jalan Tandang yang bermula semalam hingga hari Ahad ini. Sape yang tak tau, sila klik kat sini.  Semasa ke sana kelihatan orang ramai berebut-rebut membeli telefon bimbit pilihan mereka. Namun, telefon bimbit Sony Xperia Arc, masih takde lagi kat Malaysia daa.. Last-last terbeli telefon bimbit lainnnn.. tak ingat nama henpon tu, tapi hujung nama ada "phone" xphone kah? airphone kah? ntah le. Ini jualan gudang punya pasal le. Adoyai.. Dah terbeli sebab murahkan. heeee..








Yang bestnya, tv lcd Sony 40 inci dijual dengan harga RM999. Siap ada yang beli bawak naik moto lagi tu, member dia siap tolong pegangkan kat belakang. Tv display ke? Tv rosak ke? Tak! Ianya betul-betul tv lcd baru. Tv tersebut boleh didapati di mana-mana Sony Centre dengan harga mahal tetapi untuk di jualan gudang ini sahaja, mereka bermurah hati menjualnya dengan harga yang sunggguh murah. Siap ada uncle tu beli 2 bijik! Jadi, biar gambar yang berbicara dan video bergerak-gerak hehehe... Abis ke jualan gudang, aku dan kawan-kawan ke seksyen 14 makan "Pijah Jahat" pulak hehehe :P

Makluman sekali lagi: Kepada sesiapa yang belum refollow blog baru aku ni, sila follow balik. Letih aku nak carik blog korang satu-satu tau. Begini, blog lama aku dah di delete sebab ada masalah teknikal, pastu blog baru pulak guna url http://sukatimesen.blogspot.com tetapi menggunakan dotcom yang sama iaitu http://www.onggon.com So sape yang add aku guna url lama dulu bloglist korang takkan berupdate selagi korang tak add blog aku sekali lagi :P So, refollow dan tinggalkan url blog kat comment box senang aku nak jejak korang ok :)


* Hari ini ada pihak ISO datang office so aku busy lah hari ni. Malam kang baru dapat menjengah blog apa yang patut ehekk :P




Thursday, April 7, 2011

Jualan Gudang Kamera Digital & Handphone



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali aku nak memohon maaf sebab aku terlampau sibuk dan blogwalking pun jarang-jarang, kadang-kadang je mane yang dan je buat sementara waktu ni. Kepada sesiapa yang belum refollow blog baru aku ni, sila follow balik. Letih aku nak carik blog korang satu-satu tau. Begini, blog lama aku dah di delete sebab ada masalah teknikal, pastu blog baru pulak guna url http://sukatimesen.blogspot.com tetapi menggunakan dotcom yang sama iaitu http://www.onggon.com So sape yang add aku guna url lama dulu bloglist korang takkan berupdate selagi korang tak add blog aku sekali lagi :P So, refollow dan tinggalkan url blog kat comment box senang aku nak jejak korang ok :)

Hari ini aku dapat 1 berita sedih dan 1 berita gembira. Yang pertama ialah berita kilang tentang kesan kemusnahan kilang Sony akibat tsunami di Jepun. Walaupun yang terjejas ialah kilang pengeluaran produk blueray, Sony baru-baru ini dikatakan tidak mempamerkan produk kamera terbaru mereka dan menangguhkan produk itu pada masa akan diumumkan nanti. Huhhh.. Semakin lamalah Sony a77 nak keluar. Nak makin sesak nafas aku sekarang ni. Silap haribulan aku jump ke Nikon D7000 ni kang. Memang pelik apsal aku tak guna jenama kamera dslr yang lain, mungkin dah terbiasa dan selesa dengan kamera dslr Sony kot. Lagipun lens dah beratur panjang dalam drybox malaslah nak lompat katak. Biarlah masa yang akan menentukan. Aku percaya pada teknologi, bukan pada jenama. Setakat ini, Sony terbaek. Bagi korang mungkin tidak. Masing-masing ada pendapat tersendiri.


Dalam sedih-sedih pagi ni, ada berita gembira yang aku dapat. Ada jualan gudang barangan kamera digital dan telefon bimbit di Jalan Tandang di PJ Old Town ala yang dekat dengan kilang sup Campbell's tu.. So kawan-kawan, jom kita ngularin ke sana kot-kot ada benda yang menarik korang nak beli. Bagi sape yang nak beli tripod, aku rekomen sangat-sangat tripod Manfrotto NatGeo Tundra sebab last time aku beli RM180 sedangkan harga pasaran RM250++ memang berbaloi. Tripod tu best dan sangat sesuai untuk dibawak traveling. So, aku nak ke sana jap lagi. Kalau nampak aku, sila baling tripod kat aku supaya aku tau yang korang adalah blogger macam aku jugak hehehe.. Kasar nampak? :P

Friday, April 1, 2011

Karnival Jualan Coklat

Tadi pergi ke jualan penghabisan coklat pelbagai jenama di Shah Alam seperti di gambar berikut. Memang murah gilerrr.. hehehe.. Cepat sebelum terlambat.. Kepada penggemar coklat tersebut, kawan aku cakap "bapak murah! orang tak makan coklat pun beli!" muahahaha.. Lepas borong coklat, singgah makan "Nasi Ayam Buttermilk" di Tesco Shah Alam.. ;).

| Gambar oleh enchek Nokia 7310 Supernova |

{ My Popular Posts }