Gambar biasa jer. Ini adalah kali pertama aku ambik gambar burung menggunakan lens Sony 70-300G. Konklusi: Kena ada lens berkeupayaan zoom (contoh: sehingga 500mm), kamera berkelajuan tinggi (contoh: Sony a55 mempunyai 10fps) dan cahaya matahari yang banyak membantu untuk mencantikkan gambar.
Tips yang dipelajari: Cuba untuk bergerak perlahan mungkin, cuba yakinkan burung-burung itu bahawa korang tak kacau dorang. Perhatikan dan cari "tempat lepak" kebiasaan burung-burung dan tunggu seberapa lama di situ. Tak perlu nak merayau-rayau untuk ambik gambar burung. Pilih satu tempat dan relax duduk diam..
Aku terlepas tiga ekor burung yang lawa sebab terlebih bergerak. Burung Raja Udang ke yang warna biru tu, burung ape ntah warna kuning dengan burung ape ntah yang paruh runcing kecik panjang macam burung kelicap.. Menyesal seumur hidup wawawa.. So, lain kali duduk diam :P