Showing posts with label IKEA Damansara. Show all posts
Showing posts with label IKEA Damansara. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Kecewa Dengan IKEA!

AsSalam dan salam sejahtera para sahabat blogger sekalian. Sape yang tak kenal IKEA kan? Kalau gi sana tak pernah tak padat dengan orang ramai sampai naik rimas aku dibuatnya. Tapi biasalah, tempat pemes menjadi antara pusat tarikan utama belah-belah Damansara kan. Produk dorang memang chantek-chantek dan berkualiti berbanding jenama lain di pasaran. Syarikat dari Sweden katakan. Kebetulan ada geng yang part-time kerja kat sana. So dari A-Z dia citer le pengalaman dia bekerja sampai le dihantar ke luar negara oleh pihak IKEA ni.


Aku akan datang sini bila betul-betul nak beli barang je. Tiap-tiap tahun dapat katalog free katakan. Bila aku tidak membeli, biasanya aku datang sini untuk bawak kawan-kawan atau keluarga yang teringin nak menjejakkan kaki di IKEA. Tapi yang menyebabkan aku fed up dari dulu sampai sekarang, dorang punya "surau" sungguhlah daif dan "menyayat hati", kecik yang teramat-amat hanya boleh memuatkan hanya lebih kurang 10 orang sahaja. Bayangkan muslim yang datang ke sana beratus-ratus atau mungkin beribu orang? Bila masuk waktu sembahyang maghrib, aku kena queue panjang giler untuk ambik wuduk dan queue sekali lagi untuk mendapatkan saf sembahyang dan aku yakin ada yang "terlepas" hingga masuk waktu Isyak semata-mata menunggu giliran. Aku tau IKEA dah buat inisiatif dari takde surau langsung sekarang dah ada surau tapi biarlah logik. Hang punya customer tu ramai muslim jugak, buatlah surau yang lebih besar. Hangpa Mat Salleh tak pi sembahyang lainlah, ini Malaysia, bukan Sweden beb. Aku sungguh kecewa dengan pengurusan IKEA!

{ My Popular Posts }