Sunday, December 23, 2012

Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu Sabah

DSC07241


Ini entry hutang namanya. Inilah akibatnya kalau bertangguh dalam edit gambar. Ekceli gambar-gambar ni diambik pada bulan Julai 2012. Gambar diambik menggunakan kamera Sony NEX-5N + lensa ultra wide angle Sigma 10-20mm. Yupp.. Kalau nak merakam bangunan yang besar dan tinggi macam Menara Tun Mustapha ni, kena ada lensa ultra wide angle baru sedappp..

Pelik bin ajaib, sudah berkali-kali bekerja luar di Kota Kinabalu barulah kali ini berpeluang untuk singgah di Menara Tun Mustapha yang terletak hanya beberapa kilometer dari pusat bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kali pertama aku mendengar tentang Menara ini pada tahun 1990 apabila aku salah seorang pelajar Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sarawak bergabung dengan pelajar Sabah di bawah tajaan Yayasan Sabah dalam satu program anak angkat di Kuala Kangsar suatu ketika dahulu.

Ok, Menara ini merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung". Menara yang disiapkan pada tahun 1976 ini dinamakan bersempena Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Datu Mustapha Datu Harun. Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah. Setakat ni tiada bayaran masuk ke kawasan Menara ini dan dibolehkan mengambil gambar sekitar ruang lobi dan kawasan sekitarnya. Jadi kalau berkunjung ke Kota Kinabalu, jangan lupa singgah kat sini ekkk.. Wassalam.


DSC07237
Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha

Damai Sentral di Kuching

Damai Sentral


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 5 hingga 8 Disember baru-baru ini aku bekerja luar di Kuching, Sarawak. Kali ini, tidak ada kamera dslr atau kamera sistem NEX yang menemani cuma henpon sahaja. Maka dengan ini, gambar-gambar pada entry kali ini adalah al-hasil daripada henfon iPhone 4. Sape kata kamera fon tak boleh? Dengan 3 megapixel ke atas sudah cukup untuk berfotografi sebenarnya. Terpulang pada kreativiti masing-masing. Macam aku, hamtam sajalah Labu hehe..

Oh!.. (buat-buat lupa) Pestaem aku singgah di Damai Sentral yang terletak di Santubong, lebih kurang 30 minit perjalanan dari bandaraya Kuching. Setelah kewujudan tempat ini, warga Kuching dan para pelancong luar negara pun ramai ke sini sebab pemandangan kat sini sangat cantik. Nak mandi-manda free jer. Berlatarbelakangkan gunung-ganang saujana mata memandang. Terselit jugak kat entry kali ni gambar-gambar sekitar Kuching..


Damai Sentral
Damai Sentral
Damai Sentral
Damai Sentral
Damai Sentral
Gunung Santubong
Bank Negara (Cawangan Sarawak)
Balai Polis Sentral
Saujana

Wednesday, December 12, 2012

Long Time No See Miri

DSC08497


Assalamualaikum diariku. Cepatnya masa berlalu sedar sik sedar udah 2 bulan lebih sik update blog. Maaf, sebab terlalu gago ngan kerja kebelakangan tuk. Untuk permulaan, gambar-gambar masa kerja di Miri reya bulan September 2012. Rinduk juak ati bila dapat pergi Miri. Kotan lamak dah sik ke sia rasa mok juak nangga macamney rupa Miri setelah kali pertama datang tahun 2000 dolok. Sia lah mulanya cerita masa bercan dolok. Di sia lah nemu can setelah lamak sik bertemu lekak SPM. Tapi sik sangkak yalah pertemuan pertama dan ya juaklah pertemuan terakhir. Ditakdirkan Tuhan, can ku pergi selamak-lamaknya, pergi tak kembali. Sebab ya setiap kali ninjak bumi Miri piluk jak rasa hati sebab ke siney pun aku melangkah mesti teringat ngannya. Yalah tek, barang yang lepas eboh dikenang kata orang. Hidup mesti diteruskan. Dah lamak rasanya ku sik menitiskan aik mata bila kenangan lamak datang balit dalam pikiran. Ya jaklah tek. Wassalam.


DSC08488
DSC08387
DSC08383
DSC08377
DSC08489
DSC08474
DSC08490
DSC08483
DSC08331
DSC08344
DSC08334
DSC08341

{ My Popular Posts }