Saturday, July 30, 2011

Butter Untuk Buat Kek Lapis Sarawak Ada DNA Babi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedang aku melayari Berita Harian Online aku terkejut baca satu berita ni. Lepas tu aku google banyak blog dah cerita isu ni. Korang boleh cek kat sini dan sini.. Apa nak jadi ni? Baru sekarang dapat tau Golden Churn Creamery Butter tu ada DNA babi? Butter ni kat mane2 kedai jual barangan kek ada jual. Kat pasaraya besarr pun ade. Adoyaiii.. So, lepas ni aku balik Sarawak jangan ade lagi yang order kek lapis kat aku aaarrr...

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Sarawak di atas pendedahan isu ini. Lepas ni kalau nak beli kek lapis kena pastikan dulu butter ape yang dorang gunakan.. Sila sebarkan. Terima kasih :)


Haram?



Sumber dari Berita Harian Online bertarikh 29 Julai 2011:

KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal. 

Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ''Golden Churn Creamy Butter'' selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.

"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya.

Mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri, Abang Shamshudin Abang Seruji semalam yang menasihatkan umat Islam di Sarawak supaya berhenti menggunakan produk ''Golden Churn Creamery Butter'' selepas DNA babi didapati dalam satu sampel yang diambil dari pasar tempatan, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kek lapis di Sarawak menggunakan jenama mentega yang berbeza sekarang. 

Bagaimanapun, awal bulan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengisytiharkan bahawa produk itu halal selepas satu pencemaran yang didapati hanya terhad kepada sampel yang diambil dari satu kelompok di Johor. 

Permintaan untuk kek lapis Sarawak sempena Ramadan dan sambutan Aidifitri bulan depan menurun berikutan ketidakpastian peminat juadah itu berhubung status halalnya. 

Rabiah berkata berikutan ketidakpastian itu, permintaan terhadap kek lapis telah menurun 30 peratus tahun ini berbanding 50 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu. 
Rabiah berkata banyak pembuat kek lapis di Sarawak memilih mentega yang murah tetapi berkualiti kerana sebelum ini bahan itu agak mahal dan ramai pelanggan terutama dari semenanjung, Singapura dan Brunei mengadu mengenai harganya. 

"Kami menggunakan mentega yang telah disahkan halal sekarang dan mampu menjualnya dengan harga serendah RM10 atau lebih daripada RM50 bergantung kepada reka bentuk dan saiz berbanding RM15 hingga lebih daripada RM60 sebelum ini," katanya. 

Seorang lagi pembuat kek lapis Dayang Aspriza Awang Tajuddin yang berpengalaman lebih 10 tahun, memberitahu Bernama, bahawa ramai penjual dan pelanggannya sejauh Pulau Pinang telah menghantar SMS dan meminta beliau untuk mengesahkan status halal kek lapisnya dan mengaku tanggapan salah telah menjejaskan tempahan tahun ini. 

Mengikut satu laporan pada Mei 2008, sepanjang tahun 2007, 15 pengeluar Kek Lapis Sarawak membantu menyumbang sejumlah RM5.4 juta kepada ekonomi negeri. - BERNAMA

Link sumber: http://tinyurl.com/3puovd7

11 comments:

  1. errkkkk....jgn meli kek lapis yg dh siap d plh ya....huhuhuhu...after kua berita tok dkt2 raya bok meli nok lmk mesti da dna ot ot ya...

    ReplyDelete
  2. Hehe yalah hoh.. Ot it sungguh butter iteww..

    ReplyDelete
  3. babi ney nok melepas dna nya kat ctok???
    hehe..
    raya towk kta pakat makan crackers ngan aek sky jus jak.. selamat.. haha..

    ReplyDelete
  4. alllaaaa.habes tu macam mana nak confirm kek lapis tu tak guna butter tersebut. feveret ke pulak tu.aiisshhh..incik onggon.kirim kat kitorang satu.

    ReplyDelete
  5. Kesian la kat pengusaha kek dan biskut yang dah siapkan stok untuk dijual menjelang hari raya nanti. Mesti kena samak semua peralatan yang mereka gunakan. Produk kek dan biskut yang dah berada dipasaran patut ditarik balik. Jualan kek dan biskut hari raya nanti pasti merundum kerana pembeli khuatir syarikat pengeluar tak tarik balik produk mereka yang tercemar atau mungkin tak samak peralatan. Sabo je la ye... Kepada pengeluar, tolonglah tarik balik produk anda dan samak peralatan anda. Tak mengapa la rugi sikit. Insya Allah akan beroleh keuntungan kemudian hari

    ReplyDelete
  6. duhal...butter pa la bgs??.. hehe.. xtwuk jwk snanya butter pa da kt mesia tok..salu kek lapis d order ngn untie jak..:P

    ReplyDelete
  7. ok.
    pernah beli butter tu..

    tetiba rasa mual

    ReplyDelete
  8. Ada baca cerita ini sebelum ni. Nampaknya JAKIM kena periksa semula semua barangan luar negara yang punyai label halal negara asing.

    Mungkin dlm bulan Ramadhan ni Khairul dapat tumpukan lensa kamera lebih sikit kepada pelbagai jenis juadah?

    Selamat menjalani ibadah puasa dari Wa Temuk.

    ReplyDelete
  9. so mun cemya raya taun tok rumah mekrang sik ngidang kueh.. ngidang semboi jak k..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua.. Nak wat macamana kan.. Kena carik butter lain lah kot.. Yohh.. ngidang samboi juaklah mun cemya haha..

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }