Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kaum muslimin dan muslimat di Malaysia. Saya dengan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau perbuatan mahu pun penulisan sepanjang berblog. Biasalah kekadang sepak-terajang kita dalam blog ni kita tak perasan. Kekadang tersepak orang lain dan kekadang terterajang diri sendiri. Sebab itu kita menulis blog ni bukan sekadar untuk menyampaikan mesej atau membebel pada orang lain, yang lebih penting sebagai peringatan pada diri sendiri jugak. Saya dengan rendah diri yang tidak reti menulis ini ingin memohon ampun maaf sekali lagi. Maaf zahir dan batin.
Sebelum memulakan sesi ngerepak yang terpendam selama setengah tahun yang lalu, maka ingin dinyatakan di sini bahawa gambar-gambar berikut telah diambil di bandar Serian di negeri Sarawak semasa kunjungan pada bulan Ramadan baru-baru ini. Gambar-gambar kali ini dirakam menggunakan kamera Sony a300 dengan kitlens Sony 18-55mm. Kebanyakan gambar sepanjang bulan puasa dan raya dirakam terus menerusi aplikasi Instagram. Jadi, you follow you dapat tengok. You tak follow you tengokkelabu asap jer lah. Kalau you nak follow sebab nak jadi penyibuk sorry to say. You dah follow pastu nak unfollow silakan. (eh garangnya!) haha.. Korang kena melalui tapisan keselamatan pelbagai agensi perisikan sebelum dapat follow IG saya ehekk..
Rupanya bukan senang nak menjadi blogger ni sebab kekadang penulisan kita menjadi perhatian tak kiralah yang memuji atau yang mengkritik. Masing-masing punya "kepala" katakan.. Jadi kalau nak menulis lebih-lebih lagi pasal kebenaran, janganlah gentar janganlah takut dikritik dan jangan sesekali menjadi seperti seekor ayam yang tidak ada ekor nak melintas jalan. Ehekkk.. Orang kata kalau takut dilambung ombak, jangan apa? Ya pandainyaaaa... Sendiri mau ingat.. Saya mungkin akan mengambil tindakan yang tidak popular dalam mengutarakan isu atau cerita tapi itulah hakikatnya, benda yang kita tulis yang boleh membuatkan orang lain membaca terasa seperti kena batang hidungnya sendiri itu baru betul-betul sedap! Dalam erti kata yang lain ayat-ayat sentap! Siapa termakan cili dialah yang terasa pedasnya. Namun kita semua masing-masing ada pendapat tersendiri asalkan "matlamat tidak menghalalkan cara" sudahhh! kalau mahu orang hormat kita, kita kena hormat orang.. Kalau nak guna ayat "hormat" supaya orang hormat kita, ukur dulu baju di badan sendiri, jangan main cakap jer tapi cakap tak serupa bikin. Apa? Kau henggat kau perfect sangat? Ahhh sudah.. Ayat ngerepak dah keluar!
Datuk Dr. Fadzillah Kamsah kata, orang yang hebat ialah orang yang sanggup menerima kritikan. Orang yang hebat ialah orang yang cool dengan kata-kata nista. Orang yang hebat ialah orang yang mengingati mati.. Orang yang hebat dia tidak membanding-bandingkan kelemahan atau kekuatan orang lain. Orang yang hebat dia tidak akan mengungkit-ngungkit apatah lagi mengungkit jasa atau kebaikan yang pernah dia lakukan. Orang yang hebat dia takkan melenting sebab takat tunggu lambat 5 minit.. Cakap orang lain sabar tapi dia tak reti nak sabar! Memalukan! Tapi ingat orang yang hebat juga punya tahap had kesabaran. Kalau "suis" had kesabaran itu diusik, siaplah kau Labuuuu! hehe.. Wow! Bestnya semua yang terbuku dalam hati dihamburkan dalam blog picisan ni. Lama sungguh tak ngerepak! (membebel).. hehe..
Namun orang yang hebat dia sanggup jumpa dan bersalam sambil ucap, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin.. Hehe.. Sehingga berjumpa lagi dalam rancangan ngerepak meletops! Adios amigos.. Adios Seniorita.. Carpe mananaaaa! Wassalam..